بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعَصْرِ
Demi masa.

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

صدق الله العظيم وبلَّغ رسوله الكريم
Maha benar ALLAH yang Maha Agung dan RasulNYA yang mulia telah menyampaikan.



Sunday, 8 September 2013

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH yang memberi keizinan untuk bersama kali ini.
Saya ingin berkongsi mengenai takaful kenderaan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai di antara kita yang membeli takaful untuk kenderaan atau harta benda dengan mengambil pilihan untuk melindungi kenderaan atau harta mereka tidak mengikut harga pasaran. Antara alasan mereka kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membayar premium yang sebenar tetapi persoalanya adakah kita sedar akan akibatnya jika berlaku musibah ke atas kenderaan atau harta kita.
Saya ingin berkongsi 2 kisah.
Beberapa bulan yang lalu ada seorang gadis yang membeli sebuah kereta waja secara sambung bayar. Malangnya beberapa minggu kemudian beliau terlibat dalam kemalangan. Beliau terkejut apabila beliau membuat tuntutan kepada pihak insuran beliau terpaksa membayar beribu ringgit kepada pihak bengkel untuk sebahagian dari jumlah kos pembaikan kerana jumlah insuran yang dilindungi tidak mengikut harga pasaran (under insured)
Seorang anggota tentera yang tidak mempunyai cukup wang membeli takaful yang murah premiumnya dan terlibat dalam kemalangan. Beliau dalam delima kerana terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menampung kos pembaikan kerana pihak insuran tidak membayar penuh.
Persoalan disini?
Bagaimana jika kenderaan kita hilang? Adakah kita sanggup membayar lebihan jumlah pinjaman kerana pihak insuran hanya membayar sebahagian sahaja? Adakah kerana kita tidak mampu menyediakan beberapa ratus RM kita boleh menyediakan beberapa ribu RM?
Mungkin ada beberapa persoalan lagi yang mana jika ada boleh kita kongsikan.
Marilah kita berubah dengan kita membuat simpanan bulanan di mana bila sampai bulan untuk memperbaharui takaful, kita sudah ada jumlah yang mencukupi untuk memperbaharui takaful kita.
setakat ini sahaja.....jumpa lagi
Wassalam.